MENGENAL ALAM
BARZAKH
Soalan: Apakah
yang dimaksudkan dengan alam barzakh?
Jawapan:
Firman Allah
SWT
وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ
إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
“…sedang di
hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari
mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).”
(Surah
al-Mu’minun: 100)
Alam barzakh
adalah alam yang dilalui oleh manusia setelah meninggal dunia. Barzakh dari
sudut bahasa adalah pemisah antara dua benda. Alam selepas kematian dinamakan
alam barzakh. Ini kerana, ia menjadi pemisah antara alam dunia dan alam
akhirat. (Lihat Safwat al-Tafasir, 2/293)
Imam
al-Ghazali menjelaskan bahawa kematian itu sebenarnya perubahan keadaan roh
daripada memiliki kekuasaan penuh terhadap jasad, kepada kehilangan kekuasaan
itu. Roh yang sebelumnya menggunakan mata untuk melihat, kaki untuk berjalan,
telinga untuk mendengar, dan semua anggota jasad yang lain sebagai alat bantu
dengan bebasnya, pada masa ini tidak akan mampu lagi melakukannya. Jika lumpuh
itu bermakna kehilangan fungsi atas sesebuah anggota badan, maka maut adalah
lumpuh yang menimpa seluruh anggota badan. (Lihat Ihya’ Ulum al-Din, 4/478)
Semoga dengan
penjelasan ini dapat menambahkan keimanan kita kepada hal-hal yang ghaib.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment